| Skim ini terbuka kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka termasuk mereka yang bekerja di Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan di Malaysia.
Keunggulan Skim ini ialah penyediaan manfaat maksimum kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka telah menikmati rawatan perubatan yang bertaraf tinggi di seluruh negara melalui Skim ini.
Pada 21 Disember 2010, YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah memperkenankan rayuan daripada CUEPACS dan bersetuju bahawa pihak Kerajaan akan menanggung bersama CIMB Group bagi sebarang kenaikan kadar sumbangan. Dengan pengiktirafan, bantuan dan kerjasama oleh Kerajaan Malaysia maka sukacita dimaklumkan bahawa Skim CUEPACSCARE akan diteruskan dengan kadar yang dikenakan masakini.
Oleh yang demikian semua penjawat awam dan keluarga mereka yang belum lagi menyertai Skim ini diminta supaya berbuat demikian. Penjawat awam yang sihat pasti akan menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih pesat lagi.
Yang Ikhlas,
Dato’ Hj Omar Bin Hj. Osman, DBNS, PPN, ANS
Presiden CUEPACS |