Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

..........................................................................................................................................................................................................................................................................
  JADUAL MANFAAT KONTRAK PESERTA & KELUARGA
..........................................................................................................................................................................................................................................................................
 
 
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
  *JENIS RAWATAN YANG DILINDUNGI
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
 
 
 
 
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
  JENIS PERLINDUNGAN
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.........................................................................................................................................................................................................................................................................
  SKOP PERLINDUNGAN
..........................................................................................................................................................................................................................................................................
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Bilik Dan Penginapan Hospital
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk bilik penginapan dan makanan. Jumlah manfaat adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital semasa peserta dimasukkan ke hospital, dan manfaat ini tidak boleh, walau untuk satu hari, melebihi kadar manfaat bilik dan penginapan, dan jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Peserta hanya berhak mendapat manfaat ini semasa dimasukkan ke hospital sebagai pesakit-dalam.

Jika jumlah manfaat bilik hospital melebihi kadar sebenar yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat, maka peserta akan menanggung baki mengikut caj yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak.

   
2. Unit Rawatan Rapi
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk bilik dan penginapan sebenar semasa dimasukkan sebagai pesakit-dalam di unit rawatan rapi hospital. Manfaat ini akan dibayar bersamaan dengan caj sebenar yang dibuat oleh hospital tertakluk kepada manfaat maksimum untuk mana-mana satu hari, dan jumlah maksimum hari, sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat. Sekiranya tempoh dimasukkan ke unit rawatan rapi melebihi had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat, pembayaran balik adalah terhad kepada kadar standard bilik dan penginapan hospital harian.
Tiada manfaat bilik dan penginapan hospital akan dibayar untuk tempoh kemasukan yang sama di mana manfaat harian unit rawatan rapi telah dibayar.
   
3. Yuran Pembedahan
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk pembedahan oleh pakar, termasuk lawatan penilaian pra-pembedahan oleh pakar kepada peserta dan penjagaan pasca-pembedahan sehingga jumlah hari maksimum bermula dari tarikh pembedahan, tetapi tertakluk kepada jumlah maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Jika lebih dari satu pembedahan dijalankan untuk mana-mana satu penyakit, jumlah bayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan tidak boleh melebihi had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
   
4. Yuran Pakar Anestesia
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan oleh pakar anestesia untuk pelaksanaan anestesia yang perlu secara perubatan tidak melebihi had yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
   
5. Bilik Bedah
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan bilik bedah yang berkaitan dengan prosedur pembedahan.
   
6. Perkhidmatan Dan Bekalan Hospital
. Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan sebenar yang dikenakan untuk kejururawatan, ubat-ubatan dan dadah yang dipreskripsikan dan digunakan, balutan, penganduh, kas plaster, sinar-x, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolism asas, suntikan dan cairan intravena, pelaksanaan transfusi darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa peserta dimasukkan sebagai pesakit-dalam di Hospital, sehingga jumlah yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.
   
7. Lawatan Doktor Perubatan Dalam Hospital
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan oleh doktor perubatan untuk melawat pesakit-dalam berbayar yang perlu secara perubatan semasa dimasukkan ke hospital untuk penyakit tanpa-pembedahan, tertakluk kepada maksimum 2 lawatan sehari tidak melebihi jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
   
8. Perkhidmatan Diagnostik Pra-hospital
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang perlu secara perubatan untuk ECG, sinar-X dan ujian makmal yang dilakukan untuk tujuan diagnostik semasa berlaku kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan penyakit sebelum kemasukan ke hospital tidak melebihi jumlah hari dan had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat di hospital dan telah disarankan oleh pengamal perubatan yang layak. Tiada bayaran akan dibuat jika selepas perkhidmatan diagnostik dibuat, peserta tidak dimasukkan ke hospital untuk merawat keadaan perubatan yang telah didiagnos. Ubat-ubatan dan kos rundingan yang dicaj oleh pengamal perubatan tidak akan dibayar.
   
9. Rundingan Pakar Pra-hospital
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan untuk rundingan kali pertama oleh pakar mengenai penyakit tidak melebihi jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat sebelum dimasukkan ke hospital dan tertakluk bahawa rundingan tersebut adalah perlu secara perubatan dan telah disarankan secara bertulis oleh pengamal perubatan am yang merawat.

Bayaran tidak akan dibuat untuk rawatan klinikal (termasuk ubat-ubatan dan rundingan susulan selepas penyakit didiagnos) atau di mana peserta tidak dimasukkan ke hospital untuk merawat keadaan perubatan yang telah didiagnos.
   
10. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung akibat kecederaan tubuh yang dilindungi akibat kemalangan untuk rawatan yang perlu secara perubatan sebagai pesakit luar di mana-mana klinik berdaftar atau hospital dalam masa 24 jam selepas kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh yang dilindungi, sehingga jumlah maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Rawatan susulan oleh doktor yang sama atau klinik atau hospital berdaftar yang sama untuk kecederaan tubuh yang dilindungi yang sama akan disediakan tidak melebihi had dan jumlah hari maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
   
11. Rawatan Pasca-hospital
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk rawatan susulan oleh doktor perubatan sama yang perlu secara perubatan, tidak melebihi jumlah hari dan had maksimum yang ditetapkan di dalam jadual manfaat serta-merta selepas dibenarkan pulang dari hospital untuk penyakit bukan-pembedahan. Ia termasuk ubat-ubatan yang dipreskripsi semasa rawatan susulan tetapi tidak boleh melebihi bekalan yang diperlukan untuk jumlah hari maksimum sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat.

   
12 Yuran Ambulans
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk perkhidmatan ambulans domestik yang diperlukan (termasuk atendan) ke dan/atau dari hospital yang peserta dimasukkan. Bayaran tidak akan dibuat jika peserta tidak dimasukkan ke hospital dan tertakluk kepada had yang ditetapkan di dalam jadual manfaat.
   
13. Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
 

Bayaran elaun harian untuk setiap hari sewaktu dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia akibat penyakit yang dilindungi, hanya jika peserta telah dicaj dengan kadar bilik dan penginapan yang tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan di dalam jadual manfaat. Tiada bayaran akan dibuat jika peserta dipindahkan dari atau ke mana-mana hospital swasta dan hospital Kerajaan Malaysia untuk penyakit yang dialami.

Cara Membuat Tuntutan
   
14. Rawatan Kanser Pesakit-luar
  Jika peserta didiagnos mengidap kanser yang dinyatakan di bawah, CIMB Aviva Takaful akan membayar balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk rawatan kanser yang perlu secara perubatan yang dilakukan di pusat rawatan kanser berdaftar secara sah, tertakluk kepada had hilang upaya ini sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat.

Rawatan tersebut (radioterapi atau kemoterapi tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, dadah ubat-ubatan dibawa-pulang) hendaklah diterima di jabatan pesakit luar hospital atau pusat rawatan kanser berdaftar serta-merta selepas dibenarkan pulang dari menginap di hospital atau pembedahan.

Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta serangan dan pemusnahan tisu-tisu normal di mana rawatan pencegahan atau pembedahan utama (kecuali prosedur endoskopik sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan oleh bukti histologi malignan. Keadaan berikut adalah dikecualikan:
(a) Karsinoma in situ termasuk serviks;
(b) Karsinoma Duktal payu dara in situ;
(c) Karsinoma Papilari pundi kencing & Kanser Prostat tahap 1;
(d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
(e) Penyakit Hodgkin Tahap 1;
(f) Tumor yang terhasil akibat komplikasi AIDS

Ianya adalah syarat khusus manfaat ini iaitu tanpa mengambil kira pengecualian keadaan sedia-ada, Manfaat ini tidak akan dibayar kepada mana-mana peserta yang telah didiagnos sebagai pesakit kanser dan/atau sedang menerima rawatan kanser sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan.

   
15. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit-luar
  Jika peserta didiagnos dengan kegagalan buah pinggang yang dinyatakan di bawah, CIMB Aviva Takaful akan membayar balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang perlu secara perubatan yang dilakukan di pusat dialisis berdaftar secara sah, tertakluk kepada had untuk hilang upaya ini sebagaimana ditetapkan di dalam jadual manfaat.

Rawatan tersebut (dialisis tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, dadah ubat-ubatan dibawa-pulang) hendaklah diterima di jabatan pesakit luar hospital atau pusat dialisis berdaftar serta-merta selepas dibenarkan pulang dari menginap dihospital atau pembedahan.
Kegagalan buah pinggang bermaksud kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang wujud sebagai kegagalan kronik tidak boleh dipulihkan untuk kedua-dua buah pinggang berfungsi dan mengakibatkan dialisis buah pinggang perlu dilakukan.

Ianya adalah syarat khusus manfaat ini iaitu tanpa mengambil kira pengecualian keadaan sedia-ada, manfaat ini tidak akan dibayar kepada mana-mana peserta yang telah mengidap hilang upaya buah pinggang kronik dan/atau sedang menerima rawatan dialisis sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan.

   
16. Pemindahan Organ
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan yang ditanggung untuk pembedahan pemindahan di mana peserta adalah penerima pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati atau sum-sum tulang. Bayaran untuk manfaat ini sah untuk hanya sekali sahaja sepanjang hayat sewaktu sijil berkuatkuasa dan akan tertakluk kepada had yang ditetapkan di dalam jadual manfaat. Kos pemerolehan organ dan semua kos yang ditanggung oleh penderma adalah tidak dilindungi.
   
17. Cukai Perkhidmatan Kerajaan
  Pembayaran balik cukai kerajaan 6% ke atas caj sebenar bilik dan penginapan tertakluk kepada had manfaat harian maksimum sebagaimana dinyatakan di dalam jadual manfaat.
   
18. Yuran Laporan Perubatan
  Pembayaran balik caj biasa dan berpatutan untuk melengkapkan laporan perubatan oleh doktor atau pakar bedah yang merawat tidak melebihi had maksimum sebagaimana dinyatakan di dalam jadual manfaat.

 

 

Perhatian : Ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Perjanjian Takaful.
Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan Takaful ini sila rujuk kepada Perjanjian Takaful.
-------------------------------------------------------------------------------------------
@ 2011 MEDICARE ASSISTANCE SDN BHD. Hakcipta Terpelihara.

Halaman Terbaik Dengan