Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

..........................................................................................................................................................................................................................................................................
  PROFIL
..........................................................................................................................................................................................................................................................................


Selamat datang ke Medicare Assistance Sdn. Bhd., sebuah Agensi Takaful yang menawarkan perlindungan Takaful Keluarga yang komprehensif melalui Pengendali Takaful yang bertaraf tinggi. Medicare dikendalikan oleh para kakitangan yang profesional dan terbukti komited dalam memberi perkhidmatan efisien kepada pelanggan-pelanggan Medicare.

Tujuan Medicare adalah ringkas; iaitu untuk mengenalpasti dan mengurangkan pendedahan pelanggan Medicare terhadap risiko. Medicare melakukannya dengan menekankan perlindungan yang tinggi, sumbangan yang kompetitif, dan kesederhanaan dalam segala urusan Takaful.

Pendekatan Medicare adalah secara langsung; untuk menganalisis keperluan Takaful  pelanggan Medicare dengan  lengkap, merancang program perlindungan Takaful yang bertanggung jawab, dan menempatkan perlindungan  melalui Pengendali Takaful yang menawarkan perlindungan dengan kos yang paling efektif dan bersesuaian dengan keperluan peserta.


VISI
Medicare bertujuan untuk menjadi sebuah Agensi Takaful pilihan dengan amalan-amalan terbaik serta memberi perkhidmatan yang melebihi prestasi terbaik industri Takaful kepada para peserta Takaful.

MISI
Agensi Medicare :
Medicare ingin memenuhi aspirasi semua pemangku kepentingan (stakeholder) dengan menjadi proaktif dan memenuhi keperluan yang sering berubah dari peserta Takaful melalui nilai tambah produk dan perkhidmatan.

Reputasi :
Medicare ingin mendapatkan kepercayaan peserta Takaful dengan membina reputasi melalui perkhidmatan bantuan tuntutan yang adil dan cepat.

Profesionalisme :
Medicare ingin meningkatkan taraf kakitangan Medicare dengan memberikan peluang bagi mereka untuk berkembang dalam kerjaya. Medicare akan menjadi Agensi yang bertaraf  profesional dalam industri Takaful.

Beretika Tinggi :
Medicare ingin mendirikan Agensi yang bermoral dan beretika. Kakitangan yang bersifat benar dan amanah dengan imej beretika tinggi.

 

Perhatian : Ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Perjanjian Takaful.
Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan Takaful ini sila rujuk kepada Perjanjian Takaful.
-------------------------------------------------------------------------------------------
@ 2011 MEDICARE ASSISTANCE SDN BHD. Hakcipta Terpelihara.

Halaman Terbaik Dengan